Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 3 September 2008

KETUA UMNO PALING MALANG

berikut adalah beberapa insiden yang melibatkan ketua umno :
KOTA BHARU 3 Sept. – Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, di perkarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar dari kereta sebaik tiba di rumah.- Utusan.
KES RASUAH
PUTRAJAYA 2 Sept. - Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.
Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini.Laporan palsu tersebut menyatakan:''Pada 29 Julai 2008, jam lingkungan 7 malam hingga 8 malam, saya telah didatangi oleh Encik Ahmad Affandi bin Hamzah dan menerima satu sampul surat dari beliau. Ketika beliau memberi sampul surat berkenaan, beliau menyatakan duit di dalam sampul ini untuk mesyuarat.''Setelah menerima sampul surat berkenaan, saya mendapati di dalam sampul surat berkenaan mengandungi wang berjumlah RM1,500. Kejadian ini berlaku di hadapan rumah saya di Kelana Jaya No. 59, Jalan SS 7/3, Kelana Jaya, 47301, P.Jaya, Selangor. Inilah saja aduan saya."

Menurut fakta kes, Mohd. Rusihan mendakwa sampul surat tersebut untuk diberikan kepada ahli-ahli UMNO Cawangan Lengkok Golf dan penyerahan itu disaksikan oleh isteri dan adiknya.
Fakta juga menyatakan, tertuduh memberitahu bahawa wang RM1,500 itu telah dimasukkan ke dalam Tabung Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya. Bagaimanapun, siasatan pada 31 Julai lalu mendapati, tiada wang RM1,500 dimasukkan ke dalam tabung masjid berkenaan manakala petugas di masjid itu memberitahu bahawa tabung berkenaan dibuka kali terakhir pada 25 Julai 2008.Menurut fakta lagi, siasatan lanjut turut mendapati, isteri dan adik Mohd. Rusihan tidak mengaku pernah menyaksikan apa- apa penyerahan sampul manakala Ahmad Affandi juga menafikan ada memberikan sampul berisi wang kepadanya.

Mohd. Rusihan didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.Dia yang tidak diwakili peguam memohon Majistret Mazuliana Abdul Rashid mengenakan hukuman ringan kerana tidak bekerja tetap dan perlu menyara isteri dan dua anaknya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya BPR, Jazamuddin Ahmad Nawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak memperkotak-katikkan penguatkuasaan undang- undang.Jazamuddin berhujah, perbuatannya menyebabkan BPR melakukan siasatan dengan memanggil penama yang akhirnya terbukti merupakan laporan palsu.
RASUAH LAGI
SEREMBAN 2 Sept. - Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, 47 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi suapan awal bulan lalu.Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Nor didakwa kira- kira pukul 12.20 tengah hari, 1 Ogos lalu di dalam sebuah kereta nombor pendaftaran NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang secara rasuah memberi suapan wang tunai RM200 kepada Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.Mohd. Nor dituduh memberi suapan itu sebagai dorongan kepada Rezwat supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban bagi sesi 2008 hingga 2011 dalam Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Zaiton Indah pada 3 Ogos lalu.Dalam pertuduhan kedua pula, Mohd. Nor dituduh memberi suapan wang tunai RM500 kepada Rezwat pada 2 Ogos, kira-kira pukul 4.30 petang di dalam kereta No. NBK 16 di tempat letak kereta belakang pusat beli-belah Centre Point, Jalan Siamang Gagap di sini.

Mohd. Nor dituduh melakukan kesalahan itu atas tujuan sama supaya namanya dicalonkan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali nilai rasuah atau yang mana lebih tinggi.Bagaimanapun, Mohd. Nor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.Hakim Allaudeen Ismail kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.Beliau juga menetapkan perbicaraan mulai 28 Januari depan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah manakala Mohd. Nor diwakili peguam Abdul Halim Lokman.
nampak sangat UMNO nie dah teruk .. rasanya elok tukar baru lah .. 16 September 2008 dah boleh tukar .. Jangan tunggu Lama -Lama ..

Tiada ulasan: