Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 5 Julai 2008

HUKUM LIWAT @ SODO MEE

1) Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, samaada di dubur lelaki atau di dubur perempuan kecuali di dubur isterinya sendiri.

2) Melakukan persetubuhan di dubur(liwat) hukumnya adalah haram, dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga ama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat wajib dikenakan hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat muhsan. Dan dikeakan hukuman sebat seratus kali sebat dan dibuang negeri selama setahun, jika orang yang berliwat itu ghairu muhsan. - Kifayah al-Akhyaar 2/111-112


3) Orang yang melakukan kesalahan liwat sama hukumannya dengan orang berzina sebagaimana yang disebut dalam perkara 21(2) adalah berdalilkan hadis-hadis berikut:

i) Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari:-
Apabila lelaki mendatangi lelaki Syara Al-Muhazzab:18/263

ii) Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas:
Sesiapa yang mendapati (mengetahui atau melihat) orang melakukan perbuatan kaum Lut, maka hendaklah kamu rejam orang yang diatas dan orang yang dibawah (orang yang meliwat dan yang kena liwat). -Riwayat Abu Daud Al-Tarmizi dan Ibnu Maajah.

Tiada ulasan: