Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 14 Oktober 2014

Oktoberfest Vs Melaka Berselawat : Antara Dua Bidaah

Assalamualaikum..

Hari ini ada dua isu yang cukup hangat diperkatakan dalam akhbar iaitu bantahan program Oktoberfest yang akan diadakan di Melaka dan semalam Ketua Menteri Melaka telah membuat sidang media dengan menyatakan bahawa kerajaan negeri dan PBT tidak akan mengeluarkan lesen dan permit kepada pihak yang menganjurkan. Pada pandangan ambe bagus juga bila tak diberikan permit daripada menambahkan maksiat yang sedia ada.

Sepatutnya benda nie dibendung daripada awal dan kalau nak adakan juga pihak penganjur perlu dikenakan beberapa syarat bagi memastikan program yang diadakan ini adalah untuk orang yang bukan islam sahaja. 


1. memastikan program yang dianjurkan diadakan ditempat yang majoritinya bukan islam termasuklah cina, india,benggali dan sebagainya. 

2. Program tersebut dikendalikan oleh orang bukan islam dan orang islam dilarang sama sekali untuk menghadiri apatah lagi meraikannya.Ini kerana bila kata khas untuk orang bukan islam segala apa yang ada pun mestilah dipastikan bukan untuk orang islam. 

3. Mematuhi etika dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak berkuasa.

Satu lagi yang nak ambe sentuh pasal melaka berselawat. Bukan tak boleh berselawat keatas Nabi SAW. Tetapi berselawat nie kan amalan sunat. Orang kita nie tang amalan sunat cukup rajin buat tapi bila amalan wajib cukup main payah nak buat. lagi pun Nabi suruh kita berselawat saja keatas nabi, nabi tak pernah suruh dan tak pernah ajar pun kena buat majlis berselawat. Yang penting yang perlu diamalkan ialah syariat dan apa yang nabi bawa. 

Kadang tu orang kita nie selawat bukan main kuat, maksiat pun kuat juga. Sepatutnya kita seimbangkan dan beri keutamaan pada amalan atau perkara yang wajib dulu sebelum kita beri tumpuan pada yang sunat.Sekadar pandangan saja dan tak minta sokongan sapa-sapa. Wassalam 

Tiada ulasan: