Assalamualaikum ..
Rasanya dah lama tak mengomen kat dalam blog usang nie walaupun nampak cam usang tetapi inilah saja jalan yang boleh dilakukan bagi menyatakan apa yang terbuku dalam hati.Saban tahun setiap kali tibanya bulan rabiul awal pasti kita takkan terlepas daripada menyambut hari kebesaran islam yang utama iaitu Hari Keputraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli alaihi waalih...
Tetapi apa yang aku nampak sekarang nie kita memang dah cukup bagus sambut maulid dengan pelbagai cara dan kaedah. yang nak berqasidah sibuk berqasidah yang berselawat sibuk nak berselawat tak cukup juga dengan sekarang nie orang sibuk dengan qasidah berlagu. Tapi yang peliknya setiap tahun kita sambut tapi kenapa apa yang diajarkan oleh Nabi kita tak ikut kan ? betul tak ? duk sibuk beryahanana tapi akhlak dan personaliti tak jaga .. tak cukup dengan tu tengok saja dengan tutur kata dan akhlak kita sewaktu bermuamalah dengan orang lain.
Kot ye kita nak tunjuk rasa cinta kita dengan Nabi janganlah sampai akhlak dan keperibadian Nabi kita buang ke tepi. Cuba kita bayangkan apa yang Nabi akan kata andai baginda bersama kita ? agak agak Nabi malu tak dengan kita.
Sewajarnya kita malu dan segan dengan apa yang kita lakukan sekarang dan rasanya tak terlewat lagi untuk kita berubah kepada yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan