Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 4 November 2013

Citer Pasal Bola lah Pulak

Assalamualaikum 

Apa kabo Semua ? Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menukilkan beberapa pandangan dan komentar di blog usang ini. Semalam sempat meluangkan masa untuk menemani isteri menonton perlawanan bola sepak Watson Piala Malaysia 2013 antara pasukan kelantan dan pasukan pahang. Perlawanan berlangsung dengan baik dan syukur juga Allah kurniakan nikmat hujan kat padang tersebut dan membolehkan kita semua merasa sejuk dan tenang bila menonton sesuatu perlawanan. 

Biasalah adat pertandingan ada menang ada kalah. Tahniah saya ucapkan pada pasukan "Tok Gajah" Pahang Darul Makmur yang telah berjaya meraih kejayaan malam tadi dan syabas juga saya ucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya juga menampilkan aksi yang memberansangkan dan mengujakan penjaga gol pahang. 


Ada juga sahabat yang tanyakan apa citer bola sepak melaka pulak ? Dah 4 tahun duduk kat liga bawahan bila pulak nak merasa jadi golongan atasan dan bangsawan macam yang pernah dikecapi satu masa dulu zaman kegemilangannya. Bila sebut pasal bola melaka memang sekarang nie cukup hangat diperkatakan. Ala kulli hal sekarang nie melaka dah ada pengurusan yang baru dan pasukan yang baru. Saya sebagai salah seorang dari anak melaka yang juga meminati pasukan bola sepak melaka mendoakan agar team Bola Sepak Melaka yang baru akan dapat dibentuk dan buat kemunculan semula. 

Kalah menang adat pertandingan tapi nak menang perlu usaha yang gigih dan bukan semberono. Tak Berkat nanti. Ok cukup sampai disini. Adios .. Wassalam 

Tiada ulasan: