Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 16 Jun 2013

Coretan Masa Cuti Sekolah

Assalamualaikum .. 

 Apa Khabar buat readers sekalian? saya doakan antum sekalian dalam sihat walafiat hendaknya.Cuti Sekolah yang lepas banyak meninggalkan kenangan buat diri saya sekeluarga almaklum banyak aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan keluarga tersayang. Minggu pertama cuti dah berada di Kuala Lumpur , menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu yang rasanya dah lama juga tak dikunjungi. 


Tapi ala kulli hal segalanya berjalan lancar dengan sempurnanya. Tak cukup dengan itu, saya bersama-sama rakan yang lain dan isteri yang tersayang telah menghadiri satu majlis yang rasanya inilah kali pertama baru merasa masuk hotel 5 bintang. Majlis meraikan penjawat awam khususnya guru yang telah memberikan khidmat yang cemerlang dalam perkhidmatan. Alhamdulillah, nama saya turut tercalon untuk menerima anugerah tersebut.Dalam majlis tersebut diberikan sijil penghargaan atas khidmat yang telah diberikan.



Penyampaian sijil telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Supaat bin Tumin dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM, Tuan Haji Rosland. Terima Kasih atas penyampaian sijil tersebut. Bukan nak berbangga atau menunjuk-nunjuk tetapi sekadar untuk melahirkan rasa bersemangat untuk teruskan perjuangan mendidik anak bangsa sehingga berjaya bukan setakat didunia sahaja bahkan diakhirat nanti.

Tiada ulasan: