Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 27 Januari 2013

Majlis Pelantikan Organisasi Sekolah 2013

Assalamualaikum .. salam mesra

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pemimpin-pemimpin organisasi sekolah diatas pelantikan yang telah disampaikan bagi sesi persekolahan 2013 terutama kepada Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau yang merupakan entiti yang cukup penting dalam melaksanakan segala aktiviti kerohanian dan pembentukan sahsiah pelajar. Kalau kita lihat di sekolah-sekolah yang lain, Pengawas atau Lembaga Pemimpin Pelajar dianggap badan yang terbesar dalam organisasi pelajar sekolah kecuali di Kolej Islam Alam Shah yang mengangkat BADAR sebagai badan terbesar. 



Sebagai badan yang bertanggungjawab menjana pemikiran dan sahsiah pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, suka ustaz ingatkan pada antum supaya senantiasa menjadikan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai ikon untuk membentuk jatidiri para pelajar yang lain selain memastikan mereka bersedia dari segi ketahanan mental, fizikal, emosi dan spiritual untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Ketahuilah sesungguhnya kita bukan pilihan sesiapa tetapi ALLAH telah memilih kita untuk menjadi khalifah dan pelaksana segala amanah. Salam Perjuangan buat semua 










Tiada ulasan: