Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 19 Ogos 2012

Berakhirnya Pesta Ibadah

Assalamualaikum .. salam mesra

Hari ini berakhir sudah pesta ibadah yang diadakan selama sebulan dan berakhir juga segala tawaran hebat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kita selaku ummat Muhammad. Tawaran yang datang saban tahun seumpama Cheap Sale di Pasar-pasaraya yang kerap kali menggamit memori dan kenangan terindah buat mukmin sejati yang menagih redha dan cinta ilahi. 

Sedih rasanya dengan berlalunya ramadhan juga berakhir segala ketenangan yang dirasai dan kemanisan dalam beribadah tika ramadhan masih bersama. Namun setiap yang bermula pasti ada penghujungnya dan untuk menemui ramadhan pada tahun hadapan tak tahulah sama ada sempat atau tidak. 

Segalanya ketentuan dari Allah kerana Dialah yang menentukan segalanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Celakalah orang yang berpuasa dimana selepas berakhirnya tempoh berpuasa dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya, Celakalah orang yang mempunyai ibu dan bapa tetapi dia tidak dapat memberikan baktinya kepada keduanya dan celakalah orang yang berada dalam bulan Ramadhan tetapi selepas berakhirnya ramadhan dia tidak mendapat apa-apa daripada Ramadhan tersebut. 

Sebagai muhasabah untuk kita pada malam eidul fitri ini, marilah kita sama-sama merenung apa yang kita telah lalui sepanjang ramadhan dan kita teliti balik adakah ianya telah menetapi spesifikasi KPI kita sebagai Muttaqin atau masih lagi di takuk lama. 

Sekadar ingatan untuk kita semua Ummat Muhammad SAW. 

Tiada ulasan: