Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 4 April 2012

Usaha Kawal Lebihan Pelajar Ke Universiti Al-Azhar

Assalamualaikum .. salam mesra


Bermula tahun ini, pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang lulus Ujian Kelayakan Bahasa Arab (Imtihan Qalbul) di Malaysia sahaja akan dihantar meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Sebelum ini pelajar STAM akan mengambil ujian kelayakan di Mesir dan jika tidak lulus, mereka akan lewat memulakan pengajian semata-mata untuk menduduki semula dan lulus ujian kelayakan bahasa Arab," katanya.

Beliau berkata status pelajar yang gagal mendapat gred Imtihan Qalbul di Mesir akan membimbangkan golongan ibu bapa sekaligus akan menyebabkan pihak penaja mengalami kerugian ekoran kelewatan pelajar memulakan tahun pertama mereka di Al-Azhar.

"Langkah tepat ini dilihat mampu memberikan keputusan yang baik bagi semua pihak dan jika pelajar tidak lulus ujian kelayakan yang dilakukan oleh Yayasan Sofa, mereka tidak akan dibenarkan meneruskan pengajian ke Al-Azhar.

"Syarat lulus ujian bahasa Arab dan perlu dapat gred Imtihan Qabul ini hanya melibatkan Universiti Al-Azhar sahaja, tidak kepada universiti lain seperti di Madinah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar Sijil Tinggi Agama (STAM) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2011 di sini hari ini.

Bermula tahun ini, Yayasan Sofa telah dilantik oleh Universiti Al-Azhar sebagai wakil rasmi untuk menganjurkan ujian kelayakan kemasukan ke universiti kitu, dan seterusnya menjalankan Pusat Asasi Universiti Al-Azhar (pusat pengajian bahasa Arab bagi pelajar-pelajar yang tidak lepas ujian kelayakan) di Malaysia.

Tahun lepas, 362 daripada 571 orang calon yang mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti tersebut gagal.

Jamil Khir berkata statistik pelajar yang gagal ujian kemasukan itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada negara kerana kegagalan calon lepasan STAM untuk menguasai bahasa Arab.

Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkenalkan Kursus Asas Fardu Ain (Kafa) peringkat menengah mulai tahun depan. -- Bernama

Tiada ulasan: