Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 16 Mac 2012

Penyelesaian Permasalahan sosial : Jangan Guna Akal Sahaja !

Assalamualaikum .. salam mesra

Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk merasai nikmat iman dan Islam. Malam ini kawan nak sembang ngan korang mengenai masalah sosial yang cukup hangat dibicarakan tak kiralah kat area mana sekalipun hatta dalam parlimen pun kawan rasa diorang tak de bincang sangat bende nie der .. bukan apa pada mereka itu semua tak penting yang penting perut dan bawah perut mereka selesa dengan apa yang diperoleh.

Almaklum teringat kawan pada salah seorang sahabat kawan yang dulunya cukup fanatik dengan apa yang diperolehi sekarang almaklum orang rapat ngan orang politik nie biasalah bro .. ade saja yang dia dapat tah celah mana pun kawan tak tau. Kata sahabat kawan nie " buat pe nak bincang pasal permasalahan sosial yang de sekarang nie kan ke kita dah merdeka .. apa nak lagi ?

kawan fikir mamat nie saja nak cari nahas ngan kawan dan kawan tau sahabat kawan nie boleh terima pandangan dan satu kali kawan smash sehingga dia kata kawan surrender ngan awak. kadang kadang kita jangan ambil mudah dengan keadaan dan jangan mudah-mudah bagi jawapan yang seolah-olah boleh selamat.

ye, memang didunia kita merdeka dan kita bebas berlaku apa sahaja tapi kena ingat sabda Nabi SAW " Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir " Kalau nak fikir selamat didunia kita kena fikir adakah kita selamat diakhirat ? Kalau nak selamat diakhirat apakah persediaan yang kita buat. Penyelesaian pada masalah sosial yang ada pada masa sekarang ialah balik pada apa yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Itu sahaja penyelesaian yang ada bagi mengatasi masalah yang berlaku sekarang.

Tiada ulasan: