Assalamualaikum ..
Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberikan keizinan oleh Allah untuk bernafas serta berada dipersada ini. Hari ini masuk hari ke 7 cuti sekolah penggal pertama berlangsung dan banyak aktiviti yang dilaksanakan oleh guru-guru terutamanya pada musim cuti ini dan diharapkan cuti yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh guru guru, para pelajar dan ibu bapa.
Perkara yang cukup perlu diberikan perhatian terutamanya pada musim cuti ini antaranya aspek keselamatan dan ibu bapa khususnya perlulah sama-sama memberikan perhatian kepada anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Bukan ape, minggu lepas saja kita dah digemparkan dengan kehilangan kanak-kanak dan juga pembunuhan dan pembakaran kanak-kanak. Isu ini bukan isu main main tapi satu isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak daripada rakyat hinggalah kepada pemerintah.
Bila sebut pasal kanak-kanak hilang nie teringat kawan pada beberapa wajah yang dulunya dipaparkan di dada akhbar dan web mengenai kehilangan mereka. Jadi adakah mereka telah selamat dijumpai ? kenapa hal ini tidak dibangkitkan dalam sidang dewan rakyat ? Adakah isu kehilangan kanak-kanak ini satu isu picisan atau remeh saja ?
bagaimana dengan pembelaan nasib mereka? segalanya kita perlu jawab dan tanya pada diri kita sendiri tak kiralah kita pemerintah atau orang awam. Sabda Nabi SAW " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan atas apa yang dipimpin. Ingat ! Keselamatan Diri Tanggungjawab Bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan