Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 11 Ogos 2011

ISU JAIS SERBU GEREJA : GADAI MARUAH ISLAM ATAU MAHU ISLAM DIGADAI ?

Assalamualaikum .. Salam Ramadhan

Saja nak respon pada apa yang berlaku di selangor .. bukan bertujuan untuk mengkondem kerajaan yang sedia ada yang dipilih oleh rakyat dan juga bukan bertujuan untuk mencampuri hal ehwal dalaman negeri tapi tertarik dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah . Seolah-olah apa yang dilakukan tu macam ade tangan ghaib yang kontrol kerajaan tersebut dan bukan pemerintah yang sepatutnya memerintah berkuasa. 

Bila sebut pasal serbuan yang dibuat terhadap satu majlis yang dianjurkan oleh gereja kristian selangor yang turut dihadiri oleh yang beragama islam, saya menyokong tindakan serbuan yang dibuat atas alasan mencegah kemungkaran yang berlaku . Walaupun kita tak nampak apa yang dikatakan mungkar kat situ tapi tindakan pihak penganjur yang nampak sangat terlalu kurang ajar dan tak makan ajar itu yang sewajarnya dikatakan sebagai kemungkaran dan menurut pandangan dan saranan yang dilontarkan oleh baginda Nabi SAW dalam Hadis baginda " Barangsiapa yang nampak kemungkaran maka iahendaklah mencegahnya dengan tangan" 

Jadi tindakan yang dilakukan JAIS apabila melakukan serbuan tersebut sebenarnya adalah tindakan yang wajar sebabnya mereka melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Cuma yang rasa kesal bila pemerintah pegi mohon maaf pulak pada pihak yang menganjurkan majlis mungkar. Kesal bukan pasal mintak maaf tu tapi kesal pasal menampakkan yang pemimpin islam nie dah tunduk pada pengaruh kristian .Wajarkah seorang pemimpin islam melakukan sedemikian? Anda pilih anda tentukan .

Tiada ulasan: