Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 14 Mac 2011

WANITA PERTAMA MALAYSIA : APA HAK ROSMAH MASOR ??

Assalamualaikum ..  Salam Hormat 

Tadi sempat membelek akhbar Utusan Online dan rasa macam tak senang lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang negara mengenai wanita pertama Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah menafikan kedudukan Raja Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama Malaysia. Seolah-olah kenyataan yang dikeluarkan itu bercanggah sangat dengan perlembagaan persekutuan (baca : Perlembagaan Malaysia). Mana tidaknya, kedudukan isteri perdana menteri diletakkan diatas kedudukan Raja Permaisuri Agong dan menurut menteri terbabit tiada peruntukkan khas yang diberikan oleh kerajaan bagi membiayai kegiatan isteri perdana menteri. Persoalannya sekarang ialah dari mana Isteri Perdana Menteri mendapat peruntukan untuk program yang dilaksanakan ? bukankah ini menyalahi peraturan dan undang-undang negara ? 

Tiada ulasan: