assalamualaikum .. salam hormat
pada hari ini bermulalah cuti pertengahan penggal persekolahan yang pertama bagi sesi 2011 dan tahun ini adalah tahun yang kedua aku berada di sekolah berasrama penuh. Alhamdulillah aku telah dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaiknya walaupun terdapat beberapa tugasan yang tak dapat dibereskan dek kerana terlupa dan terlepas pandang pada jadual yang terlalu padat.
Ala kulli hal, semalam telah selesai tugas sebagai warden dan guru untuk seketika dan para pelajar telah selamat tiba di kampung masing-masing untuk bersama -sama dengan keluarga.harapanku moga mereka dapat memanfaatkan masa mereka dengan sebaiknya tanpa mengenepikan pelajaran bahkan aku pasti rasa bangga sekiranya ada diantara anak didikku yang berjaya memanfaatkan masa cutinya dengan perkara-perkara yang berfaedah dan memberikan impak yang terbaik dalam kehidupan.
Contoh pengurusan masa yang terbaik pernah disarankan oleh Baginda Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud " Rebut Olehmu Lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa lapang sebelum datang masa sempit,masa kaya sebelum datang masa miskin dan masa hidup seblum datang masa mati" Baginda turut mengajar ummatnya supaya membahagikan masa kepada 3 bahagian iaitu sepertiga untuk tidur dan berehat, sepertiga untuk ibadat dan amalan sunat dan sepertiga lagi untuk masa melaksanakan tanggungjawab dan tugas dalam kehidupan.
Justeru, suka ustaz ingatkan pada anak-anak ustaz agar memanfaatkan masa cuti sebaiknya dengan kerja-kerja yang berfaedah dan jangan bazirkan masa dengan perkara-perkara yang membahayakan diri serta membawa masalah pada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan