Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 5 Februari 2011

IMAM DARI SUDUT PANDANG MANTAN SU BKKIMM

assalamualaikum .. salam hormat buat semua reader yang mengunjungi blog hamba pada kali ini .. Alhamdulillah timbul satu perasaan yang membungkam dalam hati yang ingin hamba luahkan disini mengenai pertikaian antara penubuhan IMAM bagi mengantikan BKKIMM yang telah sekian lama berada di Bumi Ardhil Kinanah berbakti kepada sekelian pelajar Melaka yang menuntut di Mesir. Hamba merupakan salah seorang daripada pimpinan BKKIMM atau nama penuhnya BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR yang pernah memimpin Badan Kebajikan yang dulunya diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka ingin menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir pada tahun ini sebenarnya adalah salah satu daripada tindakan yang kedua yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Melaka Khususnya dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ini kerana pada pandangan saya tindakan menubuhkan IMAM iaitu Badan yang diterajui oleh pimpinan Kelab UMNO Melaka yang dahulunya berpusat di Seketeriat Kelab UMNO Mesir di Rabaah Mesir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah Mesir ini sebenarnya telah lama berlangsung dan ianya mengambil cara atau kaedah sepertimana yang pernah dilakukan pada Badan Kebajikan Pelajar Selangor Mesir (BKSM) sehingga badan kebajikan berkenaan tidak diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan Dr. Khair Toyo Al-Jawi membawa kepada penubuhan Badan Anak Selangor atau BAS. 
Akan tetapi BAS akhirnya terbabas disebabkan tiada sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang tumbang pada tahun 2008 dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dapat kembali semula mentadbir Rumah Selangor hingga kini. Itu Cerita Selangor. Cerita Melaka pula bermula selepas kunjungan Ketua Menteri Melaka pada 2003 yang memaksa BKKIMM untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan kami telah pun berdaftar. Tak cukup dengan itu BKKIMM digemparkan dengan pertemuan sulit antara pelajar-pelajar baru dari Kolej Universiti Islam Melaka yang telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah bersama dengan Pendaftar KUIM, diberitakan para pelajar ini telah digesa dan diugut untuk tidak menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh Bkkimm serta PMRAM bahkan dipaksa untuk mengisi borang keahlian UMNO. Ini adalah langkah kedua yang dilakukan bagi memastikan Kelab UMNO Melaka Mesir berjaya menakluki Wisma Melaka. 

pada hemah saya tindakan yang dilakukan adalah kerana perasaan dendam kesumat yang telah lama terpendam dan akhirnya diterjemahkan pada tahun ini. justeru itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan yang berkaitan adakah tindakan yang diambil wajar atau kita terjemahkan dalam pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi

Tiada ulasan: