Assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua readers
Dikala kini, suasana di semenanjung malaysia mula panas dengan PRK yang bakal berlangsung dikawasan DUN Tenang yang sememangnya tenang setenang tenangnya tanpa ada apa apa isu yang mengganggu gugat kestabilan dan ketenangan kawasan itu. Sementelah kembalinya ADUN kawasan berkenaan kepada Pencipta-Nya Rabbul Jalil, kawasan yang asalnya tenang mula diganggu-gugat kestabilan dengan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Penduduknya mula terganggu ketenangannya.
sesetengah pihak mula merancang menjadikan kawasan yang cukup tenang ini sebagai medan tempur mereka dan penduduk jelas kebingungan dengan apa yang berlaku. sudahlah hilang pemimpin kawasan kini kampung jadi rebutan. Ala kullihal perjuangan yang penuh hamasah ditiupkan kepada para pemuda dan tak cukup dengan itu ramai juga yang berjuang berdasarkan pada hamasah .. al maklum nak PRK ..
Persoalannya disini, mana yang lebih aula? berjuang dengan hamasah atau berjuang bila ada hamasah ? andai kata disuakan dengan habuan duniawi yang cukup indah dan melalaikan , tak kuat iman .. yang berjuang berdasarkan hamasah tadi mudah tumbang dan berderai bak kata jatuh ketanah. malahan jika berjuangkan dengan hamasah seseorang pejuang pasti akan melakukan yang terbaik untuk mencapai kejayaan .. moga kejayaan milik kita didunia dan akhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan