Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 4 November 2010

Perjuangan Agama Lebih Utama

Assalamualaikum

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman yang mendalam dan mendasar mengenai “Fiqh Dakwah” adalah perlu agar penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).
DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.
Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala.Fiqh Daulah merupakan satu proses pemahaman secara mendalam dan mendasar terhadap sejarah dakwah, sebab-sebab dakwah dijalankan, rukun-rukun dakwah, matlamat dan tujuan dakwah, uslub dan method yang digunakan, wasilah yang dipraktikkan dan kesan rangka tuju dakwah tersebut.

Pemahaman yang jelas dan mendasar mengenai Fiqh Daulah ini memungkinkan juru daie mempersiap siagakan diri dengan ‘senjata’ yang mampan, keupayaan diri, kemampuan mengutarakan bukti dan hujjah untuk berhadapan dengan mad’u yang pelbagai, suasana dan iklim yang berbeza, bangsa keturunan dan bahasa yang berbeza.

Justeru itu perkara-perkara di atas wajib dikuasai bagi siapa yang mahu menjadi kemudi risalah, pengikut baginda Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, ia menjadi satu kewajiban yang tertanggung di bahu manusia selagi ia bergelar muslim, merialisasikan tugas tersebut berdasarkan kemampuan dan keupayaan.Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata pelusuk rantauadalah satu tuntutan sebagaimana wajibnya beriltizam terhadap jemaah Islam di atas dasar wajibnya memberi peringatan kepada manusia.


Tiada ulasan: