Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 6 November 2010

DARI KPN KE MPRK : TAK BERENTI KERJA JAWAPNYA

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah antara tiga ahli Majlis Penasihat Raja (MPR) Kelantan yang baru dilantik menganggotai majlis berkenaan, selepas mengangkat sumpah pada satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, bulan lalu.

Dua lagi ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan bekas Pesuruhjaya Malaysia ke India, Datuk Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman.

Sumber yang rapat dengan majlis itu berkata, pelantikan baru ini dibuat selepas Sultan Muhammad Ke-V menjadi Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu dan ia dibuat selaras dengan peruntukan terkandung dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
“Ketiga-tiga mereka adalah ahli baru manakala 12 lagi ahli lama MPR Kelantan. Dua daripada tiga ahli baru itu menggantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri,” katanya.

Tengku Razaleigh dan Tengku Amalin digantikan selepas mereka tidak hadir pada mesyuarat MPR Kelantan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, 13 September lalu.

Keahlian mereka boleh terlucut secara automatik jika ketidakhadiran mereka di dalam mesyuarat itu tidak dimaaf atau tidak disertakan dengan penjelasan yang munasabah.

Tiada ulasan: