Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 26 Ogos 2010

Taksub pada Sains, Sejarah dipinggirkan ?

Sistem pendidikan negara yang terlalu menumpukan kepada pembelajaran sains dan teknologi serta meminggirkan kepentingan sejarah dan hal-ehwal kemanusiaan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai ilmu kenegaraan termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum.

Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

3 ulasan:

mzkevin berkata...

Pada pendapat saya, bukan saja Najib, tapi kesemua President UMNO / Perdana Menteri tidak mahu rakyat mengetahui tentang sejarah dengan detail sebab mereka-mereka ini telah banyak menyelewang dan memberikan fakta-fakta yang salah untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

Ustaz Sufi berkata...

Betul, mana pergi sejarah Hang Tuah dalam buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah? Provokasi yg mengatakan ia adalah cerita dongeng sangat di sebar luaskan bagi menenggelamkan sejarah pejuang Melayu.

Prof. Era Pasca berkata...

Salam..

Umno semua dia langgar..

agama,sains,sejarah nak ikut kepala depa jer... asalkan nampak mereka jer betul...