Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 5 Ogos 2010

BUMI INI TERUS BERGOLAK TANPA DIPERDULIKAN

Pertempuran tercetus hari ini di antara tentera rejim Israel dan tentera Lubnan berdekatan sempadan utara kawasan yang diceroboh pada tahun 1948. Akhbar bahasa Hebrew, “Yediot Ahronot” menyatakan, sebuah roket jatuh di kawasan Upper Galilee sewaktu pertempuran berlaku. Pengeboman tersebut mengakibatkan kecederaan pada dua warga Lubnan setakat ini.

Menurut laporan pihak keselamatan Lubnan, pertempuran tersebut bermula apabila peronda Israel menceroboh pekan Upper Galilee dan tentera Lubnan bertindakbalas dengan melepaskan tembakan.

Sumber yang sama juga menambah bahawa tentera rejim Israel memecah masuk dua buah rumah dan kawasan-kawasan milik tentera Lubnan berdekatan sempadan seterusnya menyebabkan kecederaan seorang tentera Lubnan dan seorang orang awam. Manakala Manar TV memetik sumber daripada pihak keselamatan Lubnan yang menyebut bahawa pihak tentera Lubnan membalas serangan tentera rejim Israel yang meletakkan penembak-penembak di Jalan Al Odeiseh.

Tiada ulasan: