Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 20 Mei 2010

SATU LAGI KESESATAN YANG DIBAWA : ABUYA HIDUP KEMBALI ??

PERSEMBAHAN pantomin  Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri 
di sampingnya ketika konsert  di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin 
lalu.
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.

Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. 

Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam. 

“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

Ulasan : 
Untuk Makluman semua sahabat , Allahyarham Ust Ashaari Muhammad telah selamat dikebumikan di kampung asalnya , iaitu kampung pilin, rembau. Tapi dek kerana terlalu ta'asub dan seolah-olah telah menjadi gila, para pengikut khurafat ini telah mensyirikkan Allah dengan mengatakan bahawa orang yang telah meninggal dunia boleh kembali memimpin ummat islam. Mana mungkin perkara ini akan berlaku.

Tiada ulasan: