Assalamualaikum .. salam perjuangan
Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang waras yang membolehkan diri ini untuk menggagahkan diri kembali mencatatkan beberapa idea yang mungkin boleh dikongsikan bersama.
Topik yang ingin saya utarakan pada kali ini kenapa kita malas untuk berfikir? apa yang ingin saya kaitkan disini ialah Allah SWT telah mengurniakan akal fikiran kepada setiap manusia yang mampu untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk dan sebagai salah satu daripada neraca penimbang yang perlu digunakan oleh manusia. namun apa yang berlaku pada masa kini, yang dapat kita lihat dengan mata kepala dan hati yang manusia pada masa sekarang ini tidak mampu untuk menggunakan akal yang waras tetapi lebih banyak menuruti nafsu yang sememangnya kita tahu ianya tak pernah puas untuk mengajak melakukan kemungkaran.
Allah SWT banyak menyatakan firman dan perintah yang mengingatkan manusia supaya menggunakan akal yang waras dalam meletakkan hukum Allah SWT sebagai hukum dan undang-undang yang terbaik. Namun apa yang berlaku manusia gagal melaksanakan dan gagal memanfaatkan anugerah yang dikurniakan oleh Allah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.
Firman Allah " Tidakkah kamu terfikir" " Tidakkah kamu mengingati dan mengetahuinya ?" Persoalan -persoalan yang sedemikian itu sewajarnya menjadi tanda tanya dalam pemikiran kita terutama apabila melihat dan memerhatikan kejadian ciptaan Allah. Oleh yang demikian,sewajarnya kita menggunakan segala anugerah Allah SWT khususnya akal yang membezakan antara manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan dengan haiwan yang hanya memiliki otak dan tiada akal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan