Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 13 Mac 2010

AIR DI NEGERI SEMBILAN TERKOTOR DIMALAYSIA ??

Assalamualaikum .. salam perjuangan .. salam ukhuwah

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu catatan dekat blog yang lama rasanya tak diupdatekan beritanya. Bukan tak nak update selalu tetapi terdapat beberapa kekangan yang terpaksa ditempuh, dengan kerenah pelajar yang makin meningkat,namun ianya tidak mematahkan semangat juangku untuk terus mendidik anak bangsaku ummat islam kearah yang lebih berjaya.

keseronokan jelas terpancar diwajahku bila melihat gelagat anak didik ku yang ceria dan gembira tetapi ade juga yang bermuram durja. mana tak nya sakit yang dihadapi dan batuk kering yang berterus-terusan menyebabkan hati ini jadi tak keruan. setelah dikenal pasti rupanya air minuman yang digunakan untuk minum pada setiap hari di dewan makan tercemar.

setelah diselidiki bukan kata air kat dewan makan saja yang tercemar sebenarnya satu negeri sembilan yang tercemar dan berkeladak sepertimana yang diberitahu oleh seorang pegawai alam sekitar. katanya daerah yang paling kotor airnya ialah daerah port dickson.

agak2nya lah takkan tak de tindakan apa2 daripada pihak atasan khususnya daripada Datuk MB sendiri bagaimana nak atasi masalah ini. saya mewakili warga sekolah meminta agar permasalahan yang kami hadapi dapat diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib bagi memastikan air yang digunakan seharian bersih dan halal tanpa was was.

Tiada ulasan: