Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 14 Jun 2009

Jenazah pelajar nahas dikebumikan

Jenazah pelajar Malaysia, Muhammad 'Ammar Zulkifli, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir, Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bertam Indah di sini, pagi ini.

Jenazah Muhammad 'Ammar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 malam tadi, dibawa dengan van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke rumah bapanya di Taman Bertam Indah.

Sejurus tiba kira-kira jam 4.50 pagi, keranda dibuka bagi membolehkan ibu bapa allahyarham, Zulkifli Ismail dan Siti Fatimah Ramli, serta adik beradik dan sanak suadara melihat jenazah untuk kali terakhir.

Selepas itu jenazah Muhammad 'Ammar dibawa ke Masjid Attaqwa dan disembahyangkan selepas solat Subuh dan dikebumikan.

Muhammad 'Ammar, 21, pelajar perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan ketika pulang dari Ain Sokhna bagi meninjau lokasi untuk program perhimpunan pelajar Generasi Keenam (Gen6) pada 28 Jun ini, kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu.

Empat lagi rakannya yang berusia 20-an iaitu Abdul Rahman Ramdzan, patah lengan kanan; Akram Abdul Kadir, masih koma; manakala Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya cedera ringan.

Muhammad 'Ammar adalah bekas pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan Gen6 pelajar Malaysia dalam bidang itu di universiti berkenaan

Tiada ulasan: