Aku nak tulis email ni sebenarnya malas nak masuk bab politik. Tapi sekarang ni dah jadi isu politik bila kerajaan Kelantan tuntut wang royalti hasil minya & gas yang disedut keluar dari luar pantai Kelantan ni.Perkara ni bagi aku, mmg patut. Sebab apa, macam negeri-negeri lain yang ada hasil minyak ni macam Terengganu, Sabah dan Sarawak, depa semua dapat hasil royalti masing-masing.Cuma aku simpati dengan Terengganu masa Hj Hadi pegang negeri tu dulu, Che Det pi tarik balik duit royalti & pi bubuh nama wang ehsan.Kesian kat Hj Hadi x ada duit nak develope negeri. Wang Ehsan Umno pi guna untuk promosikan diri depa. Perbagi duit tu kat rakyat yg ada member aku kerja minyak pun boleh dapat wang ehsan. Bukan setakat dia, bini dia sekali pun dapat.
Aku sound jugak kat dia, hang kerja minyak gaji dah besaq, apa kebuloq lagi duit RM300 tu, bukan setakat hang aja yang dapat, bini hang sekali. Dia selamba aja jawap, org nak bagi, sapu aja la. Tapi takpa la, mak pak hang org JKKK, boleh la bedai duit tu. Bukan apa, aku rasa, ramai lg orang miskin yang lagi layak dapat duit tu.Ikut dia la tu, tapi nak buat lagu mana, duit ehsan depa dok taboq sampai umno boleh beli jiwa org terengganu sampai depa dapat perntah balik sampai la.Sebenarnya, aku nak cerita pasai minyak Kelantan ni. Kawasan minyak tu memang wujud. Dah lama dah kami dok sembang pasai benda ni.Kat Kelantan tu, bukan setakat telaga, tapi kawah minyak. Memang banyak minyak kawasan tu.Mula tu, kawasan ni jadi perebutan antara Malaysia dengan Siam, sama2 claim dok kata kawasan tu depa punya. Last2 sekali, bincang punya bincang, depa setuju nak develope sama-sama kawasan tu, jadi la nama dia Joint Development Area @ JDA. Lepas tu, 1 company depa setup lagi bagi nama Trans Thai Malaysia JV @ TTM JV.
Masa tu, nama macam Cakerawala & CTOC (carigali TTeppi Operating Company kalau x silap) pun aku ada dengar, tapi aku x berapa sure sangat pasai tu.Project pipeline dia ni, mmg aku terlibat. Skop aku offshore pipeline aja, sbb tu yg lain aku x berapa tau. Pipeline dari tengah laut tu sampai pantai Chana, Songkhla Thailand.Aku pun heran, awat depa nak buat pipeline sampai siam? Awat tak buat pi ke kelantan ka, sbb sana lagi dekat. Lepas tu aku dengar lagi, projek pipeline tu bahagian darat akan sambung sampai ke Gurun Kedah. So, mungkin che det nak bagi org kedah kerja aja kot.Lepas tu 1 lagi, org selatan thai ni mmg bantah projek ni. Kami yang pi kerja, masa sampai songkhla, mmg ada perasaan takut2.
Org siam buat demo bantah projek ni, sbb, bagi depa, hasil mai sedut tempat depa, tapi, hasil, semua taksin bawak naik pi bangkok. Org belah selatan, majoriti muslim ni dapat sikit2 ja atau x dapat langsung hasil tu.Kami semua dinasihatkan jangan pakai baju atau apa2 beg ka, topi ka yg ada logo syarikat minyak. Takut kena tibai dengan org siam.Nak mob/demod naik chopper pun kena naik kat heli base dalam army base. Aku kadang2 rasa macam nak berperang pulak, padahai, nak pi sambung pipe ja.Barge yang aku kerja tu nama dia Semac 1, milik Saipem. Kerja sambung pipe ja.Masa tu tahun 2005. Ada la dalam 4 bulan projek pipeline tengah laut tu, kalau x silap, dalam 160 KM panjang pipeline tu dari tengan laut sampai ke pantai Chana, Siam tu.
Tahun 2007, aku pi sekali lagi kat kawasan tu atas barge yang sama, masa ni aku buat pipeline untuk antara planform pulak. Masa tu, Thai Oil jadi client.Masa tu, platform Carigali Hess dah siap dah dah mula operasi sedut minyak. Carigali Hess yang aku tau Petronas ada share. Lepas tu, platform carigali hess ni ada dalam perairan malaysia (kelantan la tu)Aku kata dia ada dalam perairan kelantan, sbb masa tu, kami ada masalah permit to work sikit. So ada masalah, kami di Semac 1 berada kat Thailand water, lepas tu ada terlibat dengan Malaysian water dengan platform carigali hess ni. Tapi benda tu sekejap ja settle.Maknanya, dari situ la aku start tau bahawa carigali hess ni berada di perairan malaysia iaitu kelantan. Minya sedut dari Kelanta, lepas tu, pi bawak ke siam. Hasil depa share antara malaysia dengan Thailand.Bila keluar berita pasai Kelantan nak mintak royalti ni, baru la aku ingat pasai project yang aku pernah involve ni. Mmg sahih, platform tu ada kat Kelantan.Pasai kelantan patut dapat royalti, bagi aku, mmg patut.
Sumber : http://lordazaab.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan