Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 20 Jun 2009

AJARAN BARU KAH INI ??

Umat Islam yang mengundi Barisan Nasional (BN) atau Pas, kedua-duanya boleh masuk syurga kerana apa yang menghalang mereka memasuki syurga Allah adalah dosa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam tetapi yang membezakan antara kedua-duanya, BN mempunyai lebih kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara demi Islam.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negeri lebih kuat berbanding keupayaan Pas di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Malah, BN mampu membangunkan negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua lapisan rakyat,” katanya pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, komitmen Kerajaan Pusat terhadap bidang pendidikan jelas berdasarkan peruntukan besar yang disalurkan selama ini, termasuk kepada Jabatan Pelajaran Kelantan.

Katanya, peruntukan RM1.6 bilion yang disalurkan kepada JPN Kelantan sepanjang tahun lalu, sebenarnya jauh lebih besar daripada belanjawan kerajaan negeri Kelantan.

Pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya BN di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh pula, Timbalan Presiden Umno itu meminta pemimpin dan ahli dalam bahagian Kuala Krai menerima dan menyokong calon yang dipilih bertanding di DUN Manek Urai, 14 Julai depan.

Muhyiddin berkata, semua pihak dalam Umno dan BN perlu mengetepikan sebarang perbezaan pendapat sesama sendiri demi meraih sokongan pengundi Manek Urai dalam usaha mencipta sejarah pada pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, BN mempunyai ramai tokoh yang layak dan usaha mengenal pasti calon untuk pilihan raya kecil itu bukan satu masalah kepada Umno.

Tiada ulasan: