Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 17 Mei 2009

Tak Tumbuh Tak Melata Tak Sungguh Orang Tak kata -Malaysiakini

Assalamualaikum .. salam ukhuwah .. salam perjuangan

Semalam bersempena dengan hari guru dan sementelah aku telah pun selamat berada dikampung, aku telah menghadirkan diri atas undangan sahabatku untuk menyaksikan persidangan yang saban tahun diadakan dan saban tahun juga aku sertai iaitu Muktamar Kawasan Jasin. Ramai tu memang ramai tapi setakat majlis perasmian ajelah yang disempurnakan oleh abang mat. Lepas tu semua pakat buat hal masing-masing.

aku dok perati aje apa yang dibuat dan dibahaskan. Macam-macam yang dibahaskan tapi satu hapah pun tak leh nak masuk pasal takde poin-poin penting langsung. Bukan nak kutuk teruk teruk teruk tapi perlaksanaan dan sokongan dan dokongan yang diberikan terlalu kurang.

Firstly, aku nak ucapkan tahniah buat YDP Kawasan, Mejer (B) Hj Jasme Tompang yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah yang telah dipegang 3 penggal yang lepas. Yang keduanya, aku rasa terpanggil nak komen pasal perjalanan mesyuarat yang caca marba dek kerana karenah birokrasi yang ditunjukkan oleh ahli persatuan sendiri yang sengaja nak tiru perangai pihak-pihak yang ada kat DUN Perak lawan speaker.

Mana taknya, Bila SPR mengumumkan keputusan syura yang menyatakan Kerusi Speaker menang tanpa bertanding disebabkan calon yang bertanding menarik diri, ada pulak suara sumbang yang tak puas hati sehingga menjatuhkan maruah orang lain didepan khalayak ramai. Malahan ada jugak suara-suara sumbang yang berada diluar yang tak berpuas hati sedangkan masa pengundian tak nak mengundi. Manusia Allah Ta'ala beri akal yang sempurna bagi menilai baik dan buruk tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Nak marah yang buat tu orang yang dah tua pulak , bila dicakapkan nak marah .. kata orang muda tak leh nak campur .. orang tua dulu makan garam dari orang muda .. tu pasal kena penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Yang ketiganya pasal protokol, bila YDP kawasan dah tutup majlis dengan ucapan penggulungan tak payah lah nak tanya masalah yang sewajarnya dibincang dalam mesyuarat. Yang tukang tanya pun satu dol jugak AJK juga.. aduih .. Macammana Islam nak menang kalau protokol pun tak tau nie .. Muhasabah balik apa sebab kita kat sini dan apa tujuan kita berada disini dan apa hala tuju kita lepas nie.. fikir-fikirkan .. adios wassalam

Tiada ulasan: