Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 13 Mei 2009

MUNGKINKAH IANYA AKAN TERJADI ??-Malaysiakini

BANDARAYA MELAKA, 12 Mei- Beberapa lokasi di tiga daerah di negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air kira-kira 15 jam bermula pukul 9 malam pada 13 Mei sehingga 12 tengah hari 14 Mei ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad, Mohd. Khalid Nasir berkata, tiga daerah terbabit ialah Melaka Tengah, Alor Gajah/Masjid Tanah dan Jasin/Merlimau.

Katanya, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih sistem bekalan air termasuk kerja mencuci kolam dan sambungan paip.

''Sehubungan itu saya meminta pengguna di kawasan terbabit dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi bagi keperluan mereka sepanjang gangguan bekalan itu," katanya ketika ditemui hari ini di Graha Maju.

Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih secara beransur-ansur dan dijangka kawasan tinggi akan mendapat bekalan semula agak lewat dari jadual sebenarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Khalid berkata, orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai gangguan bekalan air itu dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5800.

Beberapa kawasan di Daerah Melaka Tengah yang terlibat ialah Taman Tanjung Minyak, Taman Tanjung Minyak Jaya, Taman Rambai Utama, Jalan Bukit Rambai ke Batang Tiga, Taman Muhibah, Taman Pasir Mas, Taman Nirwana dan Tanjung Keling.

Turut terlibat dengan gangguan tersebut ialah Kampung Pinang A dan B, Jalan Lama Cheng hingga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Malim, Jalan Tampoi, Taman Permatang Pasir Permai, Taman Alai Perdana, Taman Seri Kerubong, Kampung Sungai Badau, kawasan Perindustrian Tangga Batu, Jalan Bukit Salleh Tangga Batu dan seluruh kawasan Pantai Puteri.

Bagi daerah Alor Gajah/Masjid Tanah, kawasan yang terlibat ialah Balai Polis Rembia, pasar Rembia, Taman Rembia Jaya, Taman Rembia Utama, seluruh kampung Rembia, Taman Rembia Setia, Taman Cemerlang, Sekolah Memandu Zap City dan Estet Bong Kim Lendu.

Tujuh lagi kawasan terbabit ialah Solok Air Manggis, Taman Mawar Macap Baru, Taman Melor Macap Baru, Balai Polis Macap Baru, Kampung Air Pasir Macap, seluruh kawasan Felcra Bukit Sedanan dan klinik Kesihatan Bandar.

Di Jasin/Merlimau pula ialah Kampung Seri Minyak, Kampung Paya Tanjung, Kampung Berangan Enam, Pekan Umbai, Medan Ikan Bakar Terapung, Kampung Bukit Tembakau, Taman Bukit Tembakau, Taman Balkis dan seluruh kawasan Asahan/Simpang Bekoh.

Turut terbabit ialah Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Pondok Batang, Masjid Baru dan Gapis.

Komentar :
adakah ianya sebenar-benar pembersihan tangki atau penyaluran sumber air bersih ke kawasan VIP ??

Tiada ulasan: