Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 24 Mei 2009

GURU TABIKA BERTARAF DIPLOMA

Menjelang 2013, semua 8,500 guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas di seluruh negara akan mempunyai tahap kelulusan minimum diploma, selaras usaha kerajaan memperkasakan pendidikan awal generasi muda.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kumpulan pertama 200 guru Tabika berkenaan sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) di Tanjung Malim dan dijangka menamatkan kursus Julai ini.

"Mereka yang terdiri daripada guru Tabika Kemas sedia ada akan menjalani latihan secara berperingkat dan kita menjangkakan menjelang 2013 semua 8,500 guru Tabika Kemas memiliki diploma, berbanding kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekarang.

"Langkah itu sejajar hasrat kerajaan menaik taraf pendidikan prasekolah, seiring perkembangan pendidikan negara,” katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Negeri di sini, semalam.

"Ia juga diharap dapat menarik minat ibu bapa menghantar anak mereka ke Tabika Kemas," katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Negeri di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, kementerian itu memperuntukkan kira-kira RM77 juta untuk melatih semula guru Tabika Kemas berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie berkata, kerajaan amat menitikberatkan aspek pendidikan generasi muda supaya mereka dapat menjadi aset yang berguna untuk memacu pembangunan negara apabila dewasa nanti.

Tiada ulasan: