Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 11 Mei 2009

Anugerah Semarak Budaya ICT

Sebagai menghargai usaha guru, Guru Besar dan Pengetua dalam memperkasakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di sekolah, hadiah bagi Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Anugerah Pemimpin TMK telah ditambah.

Jika tahun-tahun sebelumnya, pemenang bagi setiap kategori hanya akan memperoleh wang tunai tetapi sempena Hari Guru Kebangsaan tahun ini, para pemenang akan mendapat ganjaran tambahan iaitu sebuah komputer riba.

Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Mohd Adenan Deraman berkata, pemenang setiap kategori akan menerima wang tunai RM3,000 dan sijil.

Tempat kedua bagi kedua-dua kategori pula akan memenangi wang tunai RM2,000, hamper dan sijil manakala tempat ketiga akan memenangi wang tunai RM1,000, hamper dan sijil.

Pemenang saguhati untuk kategori-kategori berkenaan pula akan menerima wang tunai RM500 dan sijil.

Hadiah-hadiah berkenaan telah disumbangkan oleh syarikat Microsoft (M) Sdn. Bhd. yang merupakan Smart Educational Partnership (SEP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Menurut Mohd Adenan, kedua-dua anugerah berkenaan diwujudkan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pemimpin pendidikan di peringkat sekolah dalam usaha menyemarakkan pembudayaan teknologi pendidikan khususnya kebolehan menggunakan ICT dengan aktif dan berkesan.

``Realitinya kedua-dua anugerah ini mempunyai objekti untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru-guru dan pemimpin pendidikan di sekolah dalam pembudayaan teknologi pendidikan, menggalakkan guru-guru dan pemimpin pendidikan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan,’’ katanya.

Selain itu kata beliau, ia tidak lari daripada objektif untuk merancakkan proses pembestarian sekolah dan seterusnya untuk mengenengahkan juara TMK sebagai role model dan fasilitator dalam bidang pendidikan.

Calon-calon guru akan dinilai dari segi amalan ICT dalam P&P iaitu penggunaan ICT sebagai rujukan, pengintegrasian ICT dalam P&P, penggunaan ICT yang melibatkan pembelajaran aktif, projek kolaboratif berdasarkan ICT dan hasil pembelajaran pelajar.

Calon-calon pemimpin pendidikan pula dinilai daripada segi penggerak penggunaan aplikasi ICT dalam pengurusan pendidikan, membangunkan infrastruktur ICT di sekolah, penggerak perkongsian ICT dalam komuniti sekolah, menjadi role model dalam penggunaan ICT dan melaksanakan perkongsian ilmu ke arah peningkatan penggunaan ICT.

Pemilihan calon-calon bagi kedua-dua anugerah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan BTP bermula Januari lalu.

Seorang calon bagi setiap kategori akan mewakili negeri-negeri.

Panel hakim yang terdiri daripada pegawai dari bahagian-bahagian dalam KPM akan menilai semua calon berkenaan untuk mendapatkan lima calon setiap kategori untuk ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir semua calon yang tersenarai dinilai semula oleh panel hakim yang dilantik mengikut kategori masing-masing.

Panel hakim akan turun padang bagi menilai setiap calon akhir untuk pengesahan melalui pengisian instrumen penilaian, pemeriksaan dokumen, pemerhatian dan temu bual.

Anugerah Guru TMK dan Anugerah Pemimpin TMK diperkenalkan mulai tahun 2007 untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pemimpin sekolah yang terlibat dalam pembudayaan teknologi pendidikan khususnya kebolehan menggunakan ICT secara aktif dan berkesan.

Idea itu dimulakan oleh mantan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pelancaran Konvensyen Kebangsaan Guru dalam ICT pada 2006.

Tiada ulasan: