Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 17 April 2009

Tiga Strategi Untuk Raih Kecemerlangan

KETUA Wilayah Tengah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Mohamad Nasip Saiat menggariskan tiga strategi untuk diamalkan pelajar bagi meraih kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Strategi itu ialah sentiasa menghormati Allah termasuk sentiasa melakukan suruhanNya, tidak derhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan hormat guru.

“Kalau hendak berjaya dalam pelajaran, pelajar perlu melaksanakan semua panduan ini, selain konsisten ketika mengulangkaji pelajaran.“Pelajaran dapat mengubah masa depan seseorang, menjamin masa depan lebih cemerlang dan mampu meningkat kualiti kehidupan,”
katanya ketika berucap merasmikan Seminar Skor A PMR di Wisma Felcra, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Yayasan Bank Rakyat, Rafidah Yaakop, Pengurus Bank Rakyat cawangan Angkasaraya, N Huzaimi Abdul Halim dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said.Seramai 250 peserta di kalangan anak anggota bank itu dan ahli koperasi sekolah terpilih sekitar Kuala Lumpur menyertai seminar sehari anjuran bersama akhbar sisipan Minda terbitan Berita Harian.

Program bimbingan guru berpengalaman yang juga penulis Fokus PMR akhbar itu memberi pendedahan peserta mengenai teknik menjawab soalan secara tepat dan berkesan.Mohamad Nasip berkata, pelajar juga dinasihat jangan meminggirkan Bahasa Inggeris kerana subjek itu penting khususnya ketika di universiti.“Sebaliknya mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, sekali gus cemerlang dalam peperiksaan bagi menjamin masa depan yang gemilang,” katanya.

Tiada ulasan: