Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 15 April 2009

Perubahan ?? Reformasi ?? Transformasi atau Air Liur Basi ?? -Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan .. salam perubahan

terpanggil rasa dihati ini untuk menyatakan pandangan yang rasanya kalau ada yang terasa tu fikir-fikirkan lah jalan-jalan penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku.

dalam minggu ini sahaja pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku diseluruh negara berkait dengan krisis kepimpinan baik dalam negara malahan negara jiran. cukup mudah kalau nak menyalahkan orang lain dan menuding jari pada orang lain. tapi bila nak suruh pegang amanah macam-macam alasan yang diberi.

fokus pada kali ini adalah terhadap kepimpinan gerakan islam dinegeri selatan tanah air khususnya negeri tanah tumpah darahku, bumi Hang Tuah. dari pengamatan yang kubuat selama aku berkecimpung dengan gerakan islam di melaka tak nampak satu perubahan langsung yang menjanjikan kemenangan islam yang gemilang sepertimana yang berlaku di negeri-negeri yang berada dibawah naungan gerakan islam yang terbesar di malaysia.

apa yang dapatku nyatakan disini antara sebab yang menyebabkan islam gagal menambat hati para pencinta kebenaran di melaka ialah kegagalan pimpinan gerakan islam menunjukkan personaliti yang menarik perhatian umum termasukkah dengan gerak kerja yang dilaksanakan tak menampakkan gaya nak menang.

silapnya apabila tampuk kepimpinan masih lagi mengamalkan tradisi silam yang langsung tidak ada perubahan dan masih lagi memalu lagu yang sama.wajarkah kita salahkan orang awam yang tak tau apa tentang perjuangan islam untuk berubah sedangkan kita sendiri masih lagi menggunakan kaedah dan pendekatan zaman pak kaduk ?? bukan nak bangga dengan ilmu yang ada sekadar memberikan pandangan sahaja. kalau nak orang lain berubah .. maka kita juga perlu berubah .sepertimana yang difirmankan dalam AlQuran "Sesungguhnya Allah tiadak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.
Hope and change as long as we can .. adios

Tiada ulasan: