Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 17 April 2009

Pemimpin yang Tak Layak Memimpin-Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua sahabat.

semalam seorang lagi pimpinan pakatan melepaskan jawatan dek kerana tidak tahan dengan ujian yang diberikan Allah kepadanya. alasan yang diberikan adalah untuk sambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi.

pada pandangan saya tak salah untuk melepaskan jawatan dek kerana nak sambung pengajian kerana itu hak individu tapi yang jadi masalahnya kat sini ialah amanah yang telah diberikan kepada sahabat ini. amanah yang diberikan bukan amanah yang kecil2 yang boleh dipandang ringan. ini amanah rakyat yang telah menyatakan sokongan dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada anda untuk memimpin mereka. lupakah kita pada apa yang difirmankan oleh Allah SWT berkenaan dengan amanah.

Dalam hal ini, sewajarnya bekas Yang berhormat ini berpikir panjang dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan kepercayaan orang kepada yang memimpin. sebelum ini kita lihat, ramai pimpinan yang suka menyalahkan orang lain dek kerana gagal menjalankan amanah yang diberi tapi apa yang berlaku sekarang ini sebaliknya. kononnya pimpinan pakatan tidak korup dan sempurna.

pada saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan sewajarnya kalau kita rasa tak mampu untuk pikul amanah orang lain jangan suka-suka atau pandai-pandai dan mengada-ngada nak pikul. kalau tak mampu nak pegang amanah rakyat baik bagi pada orang lain.

bab sambung belajar pula, saya tak nampak relevan alasan yang diberikan. kebanyakan YB yang letak jawatan atau lepaskan amanah ini sebenarnya tak layak nak jadi pemimpin yang sebenar dan bukannya pemimpin kelas atasan sebaliknya hanya kuda tunggangan sahaja. seumpama lembu yang ditarik hidung. teringat saya pada kata-kata Datuk seri Anwar Ibrahim sewaktu gelombang reformasi baru mula beralun " Jika Takutkan Risiko, jangan bicara soal perjuangan".

Jelas sekali apa yang diperkatakan seperti juga pepatah melayu mengatakan" Jika Takut dilamun ombak jangan berumah ditepi pantai". Apa pun buat penduduk di Penanti, nantikanlah dan pilihlah pemimpin yang layak memimpin dan bukan yang hanya nak jadikan rakyat yang dipimpin sebagai batu loncatan untuk menjaga kepentingan diri sendiri. adios..

Tiada ulasan: