Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 24 April 2009

Kecik-Kecik Lagi Dah Pandai -Malaysiakini

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Yunus Sulaiman di Pekan Nanas ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berbau hasutan, Isnin lalu.

Pelajar itu yang datang bersama bapanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian tengah hari tadi ditahan berikutan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 47 tahun malam Selasa lalu setelah beliau menerima satu mesej mengenai suasana yang tidak selamat berikutan rusuhan kaum di Pekan Nanas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengesahkan penahanan itu berkata polis memandang serius perbuatan menyebar SMS "liar" dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Isnin lalu, seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajar berkenaan.

Berikutan itu, bapa pelajar Tingkatan Satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi, sehingga berlaku pergaduhan antara kedua-duanya. Polis kemudiannya menahan bapa pelajar Tingkatan Satu itu.

Penyebaran SMS telah menyebabkan lebih 1,000 orang mengepung balai polis itu sehingga hampir mencetuskan rusuhan dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Musa yang ditermui pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketua-ketua logistik Polis Diraja Malaysia di sini hari ini, berkata masalah itu timbul akibat campur tangan pihak luar dalam urusan disiplin di sekolah. "Biarlah guru yang mendisiplinkan murid melalui cara yang boleh diterima oleh ibu bapa," katanya.

Musa berkata, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di Pekan Nanas bagi menerangkan perkara sebenar. Seorang lelaki, Ker Pyad Earnn, 36, telah didakwa di Mahkamah Majistret Pontian semalam terhadap empat pertuduhan termasuk menceroboh kawasan sekolah dan mencederakan dua pelajar serta seorang guru. Mokhtar berkata dua orang lelaki telah ditahan pada jam 1.40 pagi tadi kerana kesalahan menceroboh kawasan sekolah itu manakala seorang lagi lelaki sedang dicari polis.

source : Berita Harian


Tiada ulasan: