Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 30 Mac 2009

Makin Ramai lagi Cikgu yang akan jadi Ahli Politik

Cadangan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak. :Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang.

:Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang :berpolitik kepada guru.:“Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung. :“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi.

:Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan. :Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan. :“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak UMNO Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.

:“Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama. :Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak.

:“Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu. :“Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya.

Tiada ulasan: