Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 4 Februari 2009

Kotornya politik masa kini -Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan

hampir 5 hari blog ini tidak dapat untuk kukemaskini dengan sebaiknya dek kerana tugasan yang perlu kufikirkan dan kuhadamkan dengan kemas dan teliti. Bukan sengaja tidak mahu untuk mengemaskini blog yang sedia ada, disamping melaksanakan tugasan yang diberikan, aku turut memerhatikan dari jauh apa yang berlaku dalam kancah politik tanahair yang semakin hari semakin kotor dan lebih kotor dari tangki najis. Maaf andai kata-kataku ini mengganggu konsentrasi teman-teman yang membaca tulisanku ini.

bukan apa, banyak kemungkaran yang telah dilakukan bahkan ditambahkan garam serta gula bagi menyedapkan rencaman cerita dengan rentetan berita misteri kehilangan makhluk yang bernama YB bagi 3 kawasan DUN di Perak. Dan dari pengamatan yang kulakukan inilah yang akan berlaku dan akan senantiasa berlaku andai perjuangan tidak berteraskan matlamat dan hadaf yang jelas. Manusia cukup mudah untuk diumpan umpama ikan yang terpedaya dek umpanan yang kalau dikirakan tak seberapa dengan nilai harga diri dan maruah seseorang.

Isu Lompat parti bukan satu isu yang asing pada diriku dan bukan kerana aku pernah melompat parti tetapi dari beberapa bingkisan yang pernah dipaparkan dalam akhbar mengenai kegiatan lompat parti yang bak kata En. Karpal Singh umpama katak yang melompat dikala hujan. Dulu .. Pasir Mas pernah menjadi jaguh dalam kes lompat parti sehingga digelarkan dengan gelaran alkataki.

Bagiku isu lompat parti adalah isu maruah dan harga diri. Orang yang suka melompat parti adalah orang tak ada maruah, harga diri dek kerana tiada hadaf atau matlamat perjuangan yang jelas. Orang yang semacam inilah yang bak kata orang dulu-dulu kalau jumpa orang yang sebegini dengan ular, elok bunuh dia dulu. Bukan nak suruh lakukan jenayah tetapi ini hanya sindiran yang rasanya sesuai kulontarkan buat mereka yang tiada matlamat yang jelas. Seeloknya kalau manusia sebegini tak payah hidup didunia sebabnya dia tak kenal yang mana baik dan yang mana tak baik, yang mana intan yang mana permata. Hari ini kita lihat gejala dan wabak tersebut merebak dengan meluas dek kerana terpengaruh dengan habuan yang cukup menjijikkan pandangan.

kita dok kata nak perangi rasuah dalam negara, nak benteras politik wang dalam sesebuah organisasi, tapi sekiranya ianya dilakukan oleh pemerintah , maka tak ada gunanya apa yang kita lakukan.

1 ulasan:

Samuel Goh Kim Eng berkata...

WHAT COSTS MOST WHEN GHOSTS PLAY HOST?

While some politicians play their games like 'ghosts'
The ordinary folks are the people who suffer the most
Does it matter now which party is playing the 'host'
When ultimately everybody needs to consider the cost

(C) Samuel Goh Kim Eng - 040209
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Wed. 4th Feb. 2009.