Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran."
Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel. Beliau dengan tegas mengulangi pendirian Hamas yang tidak akan menerima sebarang syarat yang dikenakan oleh Israel bagi melakukan gencatan senjata di Palestin sedangkan sudah berpuluh tahun rejim itu mengganasi penduduk sehingga orang awam yang tidak berdosa terbunuh.
Katanya Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup. "Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri," katanya berbahasa Arab. Beliau berkata demikian dalam Majlis Rayuan Gaza dan pemberian sumbangan dana Tabung Kemanusiaan Harakah yang dianjurkan Harakah di Hotel Putra, Kuala Lumpur tengah hari tadi. Beliau kini dalam lawatan bertemu pemimpin Islam seperti PAS dan NGO Islam yang lain selain memberi ceramah kepada para mahasiswa di Malaysia.
ulasan :
Saya cukup tertarik dengan apa yang dinyatakan dalam petikan ucapan yang disampaikan oleh pemimpin hamas dalam satu majlis penyampaian sumbangan untuk rakyat palestin yang diadakan baru-baru ini. Apa yang dinyatakan ialah mereka telah berjaya melahirkan 15 ribu golongan huffaz yang sanggup untuk berjuang untuk menegakkan kebenaran dan saya cukup teruja dengan kata-kata tersebut.
Jika kita buat perbandingan dengan diri kita khususnya yang menjadi pendidik dan murabbi serta bakal guru yang berada di KPLI dan DPLI, agak-agaknya berapa ramaikah manusia yang berguna yang bakal kita lahirkan nanti. Dek kerana terlalu banyak sangat unsur yang kurang sihat yang perlu kita tangani rasa agak sukar jika kita tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melahirkan manusia yang khairal ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan