Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 17 Februari 2009

Cuba berfikir seolah director ahmad nesfu

minggu lepas satu lagi tugasan yang dibekalkan kepada para pelajar DPLI khususnya untuk pelajaran teknologi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.Kawan-kawan lain semua dah pakat memikir cammana nak jadi seolah-olah director filem yang bakal mernggegarkan kelas dengan bahan pengajaran yang dibuat sendiri

kadang-kadang terfikir jugak yer. kenapa dulu aku tak diajar begini dan sebelum ini aku tak pernah tau dan ambil port dalam bidang ini malah mengaplikasikan software yang pelbagai. yang aku tahu dulu hanyalah mikrosof offie sahaja.

mungkin inilah zamannya. Orang dulu mungkin caranya lain. guru zaman sekolahku dulu lain kaedahnya. Dulu chalk and talk sekarang nie laptop talk. Terfikir juga cammana nak buat story yang boleh menggairahkan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Sebelum nk shooting @sunting clip nak kena buat skrip n story board.

kini baru kurasai auranya. Aura seorang director yang bakal menjanjikan tayangan bermaklumat buat anak-anak didiku. Sebagai Daie juga, seorang director perlulah memilih tajuk dan jalan cerita yang bersesuaian. Moga apa yang bakal ku laksanakan nanti akan membuahkan natijah yang berkesan serta memberikan manfaat buat anak-anak didikku nanti.

Tiada ulasan: