Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 26 Februari 2009

10 Golongan yang akan dihina di akhirat

Ingin berkongsi ilmu iaitu terdapat beberapa golongan yang akan di usir dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Antara golongan itu ialah :

1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2- Mereka di usir berupa babi. Mereka adalah yang suka memakan barang yang haram.

3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah menusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8- Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9- Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10-Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah.

Marilah kita sama-sama renungi, adakah kita akan tergolong di antara golongan-golongan di atas???? Jika kita tidak mahu tergolong dengan mereka, maka perbaikilah diri kita dari sekarang sementara kita mempunyai hidup di dunia yang fana ini.

Tiada ulasan: