Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 17 Januari 2009

PRK -Pilihan Raya Kanak-Kanak - Malaysiakini

kelakar rasanya hati ini bila lihat gelagat bebudak kampus nie pasang benner dan poster calon pilihanraya kampus teringat pulak kat zaman aku bersekolah .. masa tu tahun 1998 tengah sibuk nak pilihanraya 1999. Aku nie jenis yang suka campur kerja dengan orang orang tua dan dewasa. Al Maklum masa tu masih lagi mentah dengan dunia politik nie.
Tapi apa pun yang kulalui banyak mengajar diriku mengenai perjuangan untuk menegakkan kebenaran. sejak kecil lagi aku telah dibawa untuk mengikuti kuliah , ceramah, seminar dan bengkel anjuran parti politik. Baik UMNO baik BN baik yang pembangkang .. masing-masing menunjukkan hujjah masing masing dan hanya akal yang waras sahaja yang mampu untuk berfikir yang mana yang baik dan yang mana tidak. Kini rasanya dah 10 pilihanraya yang aku pernah terlibat cuma dalam pilihanraya tahun 2004 sahaja aku tak dapat sebab berada diluar negara menyambung pengajian diluar negara.
Hari ini, aku hanya dapat menatap berita mengenai pilihanraya yang berlangsung di Kuala Terengganu. Buat Rakan-rakan yang berjuang disana selamat berjuang dan maaf tak dapat bantu sebab ada komitmen dalam kampus.Kudoakan moga Islam terus gemilang dan asobiyah akan kecundang.

Tiada ulasan: