Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 16 Januari 2009

Permulaan yang baik buat Geng Pro Mahasiswa UKM

Walaupun belum dapat menguasai kembali Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, namun kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa universiti berkenaan berjaya meningkatkan jumlah kerusi yang dimenangi daripada hanya empat tahun lalu kepada 12 kerusi tahun ini.


Seperti dijangka, kumpulan pelajar Aspirasi, yang dibantu sepenuhnya oleh Urusetia Hal Ehwal Pelajar, memenangi lebihan 33 kerusi. Kumpulan Pro-Mahasiswa yang sentiasa ditekan dengan pelbagai peraturan yang mengongkong menang di Fakulti Pengajian Islam (dua kerusi), Fakulti Kejuruteraan (satu kerusi), Fakulti Undang-Undang (satu kerusi), Fakulti Pendidikan (dua kerusi), Fakulti Farmasi (satu kerusi), Fakulti Perubatan (satu kerusi), Fakulti Sains dan Teknologi (satu kerusi) dan tiga kerusi Umum.


Sumber : Harakah


Ulasan : Tu baru menang di UKM , Kat UM belum tentu lagi nasib kamu baik Aspirasi !!!Nampak sangat pertandingan dan proses pilihanraya kampus di UKM tidak telus dan ada unsur-unsur penipuan yang dilakukan oleh pihak HEP bagi memastikan ayam sabung mereka menang. Apa pun tahniah dan syabas buat teman-teman yang memilih Pro Mahasiswa sebagai wadah perjuangan di Kampus

Tiada ulasan: