Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 16 Januari 2009

Kempunan Nak Jadi Cikgu -Malaysiakini

PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.

Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel."E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA). Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.
Sumber : Kosmo

Tiada ulasan: