Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 13 Januari 2009

Israel tertawakan ummat islam -Malaysiakini

assalamualaikum ...

Hari demi hari israel makin mengganas dan terus mengganas serta merobek tanah tumpah rakyat palestin. sudah sekian lama mereka menantikan saat yang bagi mereka satu upacara yang cukup bermakna dalam sejarah bangsa yahudi laknatullah. namun dari satu sudut lain ummat manusia dari seluruh pelusuk seantero alam buana sibuk mengadakan demonstrasi jalanan yang disifatkan oleh Tuan Khairy YB Rembau sebagai Beruk-beruk dijalanan.

tak kurang dari mereka yang menyatakan kemarahan atas tindakan yahudi menyerang rakyat palestin. Sebenarnya tuan mereka melakukan sedemikian bukan lah hanya untuk menghapuskan rakyat palestin sahaja bahkan sasaran utama mereka ialah menakluki baitul maqdis yang merupakan salah satu daripada tiga tempat suci ummat islam. Sasaran mereka bukan lah bangsa palestin tapi sasaran mereka ialah ummat islam yang terdapat dipalestin.

ini kerana bagi mereka, hanya dengan menjalankan operasi cleansing ini mereka akan berjaya untuk mencapai matlamat untuk mengembalikan semangat nenek moyang mereka yang telah hilang dek kerana nenek moyang mereka pernah dihalau oleh kaum muslimin ketika kerajaan islam yang pertama memerintah madinah.

sasaran seterusnya yang mereka rancang ialah merampas kembali madinah daripada tangan kaum muslimin. Ini tidak diendahkan serta dipandang enteng oleh ummat islam sejagat. Dalam kesibukan ummat islam mengadakan rapat umum serta mencadangkan pelbagai usul yang mentah, Yahudi hanya melihat dengan sebelah mata dengan senyuman sinis. Pada mereka , mereka tak perlu sibuk-sibuk nak bunuh ummat islam ditempat lain sebab mereka telah berjaya menjerut batang leher ummat islam dengan pelbagai produk dan barangan yang menyebabkan ummat islam merasakan satu kerugian andaikata memboikot barangan dan produk buatan yahudi.

kaum yahudi kini boleh tersenyum lebar kerana mereka telah berjaya menguasai dunia dengan hanya menguasai berberapa bidang sahaja, antaranya dalam kongress amerika, britain dan beberapa bahagian dalam sektor ekonomi dan perdagangan. Dalam bidang ketenteraan juga mereka turut berjaya dengan menempatkan beberapa proksi dalam angkatan bersenjata amerika yang turut ditempatkan di negara-negara teluk.

mereka juga boleh tersenyum selebar-lebarnya bila melihat para demostrator bersorak melaungkan kata-kata semangat sehingga bagaikan nak putus urat halkum. Dalam hati mereka, tak payah susah-susah nak bunuh ummat islam nie hanya biarkan mereka jerit dan melaungkan sampai putus urat tekak. Pemimpin-pemimpin negara mereka pula sudah disumbatkan dengan habuan dunia ibarat ayam daging yang dibeikan makanan secukupnya sebelum sedia untuk disembelih. Kita di malaysia adakah seumpama itu ???

Tiada ulasan: