assalamualaikum .. selamat hari raya korban
alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kita pada Allah Rabbul jalil yang masih lagi memberikan keizinan pada kita untuk merayakan hari raya korban pada tahun ini.
bersempena dengan hari raya yang kita sambut pada hari semalam bertepatan dengan tarikh 10 zulhijjah, kita digalakkan untuk sama-sama menghayati serta memahami konsep berkorban dalam islam. Bila kita singkap sahaja kisah pengorbanan dalam islam teringat pula kita kisah pengorbanan yang paling agung yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kekasihNya Nabi Ibrahim A.S. Baginda telah diperintahkan untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S. Namun perlaksanaannya telah dijalankan dengan baik oleh Baginda Nabi Ibrahim.
Di negara kita juga banyak dilaksanakan ibadah korban terutama selepas solat hari raya aidil adha sehingga ke hari yang ketiga belas dalam bulan zulhijjah.apa yang penting ibadah korban yang dilaksanakan mendapat keredhaan serta diterima oleh Allah.
Tapi lain pula ceritanya dikawasan tengah semenanjung malaysia, ramai yang menjadi korban disebabkan tanah runtuh. diberitakan setakat ini 5 yang Terkorban dalam bencana dan ujian yang ditimpakan Allah. Penduduk-penduduk di kawasan BUKIT ANTARABANGSA terpaksa Mengorbankan rumah-rumah serta perkakasan yang berada didalam rumah mereka bagi menyelamatkan nyawa. Bahkan ada diantara mangsa yang terkorban sanggup mengorbankan nyawa bagi menyelamatkan nyawa anaknya yang tercinta.
Jelas disini terlalu banyak pengorbanan yang berlaku dalam negara kita. Marilah kita merenung serta bermuhasabah terhadap apa yang berlaku.Selamat Hari Raya Korban

2 ulasan:
Kalau berkorban pada yg patut kita korban, tak apa, ni..korban sia-sia, terkorban akibat politik wang, terkorban akibat perbuatan manusia yg tamak haloba...kan tak berbaloi tu...hidup hanya sekali, hargailah nyawa dan pengorbanan yg patut dibuat.
Bak kata lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAU PUN NYAWA ITULAH KASIH MESRA SEJATI DAN MULIA"
Catat Ulasan