Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 23 November 2008

Yoga Haram Untuk Ummat Islam -Malaysiakini

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.


Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam."Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

ulasan :
Yoga Haram untuk orang islam disebabkan ada unsur-unsur pemujaan tapi kenapa araj, judi dan perkara-perkara yang jelas terang-terang diharamkan oleh Allah tidak diharamkan dan diambil tindakan oleh Kerajaan yang kononnya negara islam ?? nak senaman boleh senaman tapi buatlah yang Islam ajar kita. Islam kan cara hidup yang sesuai untuk manusia. Tak Percaya ???

2 ulasan:

kekwa66 berkata...

Hairan..kenapa baru sekarang kata haram??!!!! Rasuah tak haram? Bercakap bohong tak haram? memutarbelitkan fakta tak haram? merokok tak haram? menduakan isteri tak haram?mencemuh musuh politik tak haram?pergi dahhhh.....

Hafiz Hazizi berkata...

kekwa66, tolong selidik kenapa fatwa diwartakan, faham dulu sebelum cakap. cakap bohong dah terang2 dosa, dlm quran ade sebut, hadis ada, nabi pn dh sabda. begitu juga yg lain2, rasuah, putar belit, duakn istri(zina) dll. yoga dlm quran x sebut haram, sbb tu kluar fatwa, faham?!
klu semua tu nk kluar fatwa, al quran kita buang dlm laut, hadis kita lupakan, sekian..