Harapanku pada Mu Tuhan
Dengan nikmat Mu
jadikan aku orang yang bersyukur
Dengan bala Mu
jadikan aku orang yang bersabar
Dengan ketentuan Mu
jadikan aku orang yang redha
Dengan masa depan ku
jadikan aku orang yangbertawakal
Tuhan Engkau cinta agung
Masukkanlah ke dalam hatiku
rasa mencintai Mu
Peliharalah hatiku
daripada segala sifat-sifat yang keji
Ampunkanlah dosa-dosaku
di hari segala kesalahan didedahkan
Dan Engkau hapuskanlah
segala kesalahanku di hari pembalasan
Orang yang macam ku ini tidak mungkin
terlepas daripada dosa
Kesalahan dan kesilapan selalu sahaja tidak dapat dielakkan
lebih-lebih lagi dosa bertaburan di merata bumi Mu
Kemana pergi pun tidak terlepas
daripadaterjebak dengannya
Aduh, kotornya jasad ku ini Tuhan
Dengan najis dosa-dosa
Aku tidak mahu
tapi dia sentiasa memburuku
Bantulah aku
lari dari dosa-dosa yang memburu
Atau ampunkan saja dosaku Tuhan
Dengan rahmatMu
Alangkah indahnya Tuhan
Jika cinta ku adalah padaMu
Segala mazmumah
hatiku dapat dihapuskan
Penyerahan diriku tiada lain melainkan pada Mu
Ampuni segala dosa-dosaku dengan rahmat Mu
MINDA ABUYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan