Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 9 November 2008

antara ketuanan perkauman dengan ketuanan islam: mana lagi baik ??-Malaysiakini

terpanggil rasanya nak suarakan pandangan terhadap isu yang cukup hangat dan hangit diperkatakan oleh semua orang tak kiralah diparlimen, kedai kopi dan sebagainya. Rasanya perkara ini tak pernah timbul dan ianya semakin meletup-letup bak gunung berapi yang memuntahkan laharnya selepas kejatuhan 5 buah negeri yang sebelum ini diperintah oleh pihak kerajaan khususnya UMNO dan BN. Akan tetapi selepas 5 buah negeri tersebut jatuh ke tangan pembangkang atas pilihan rakyat dan bukan pilihan kroni atau tauke-tauke balak.

Ianya berlaku selepas 2 buah negeri yang ditadbir oleh UMNO sebelum ini kini ditadbir pula oleh Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik. Rakyat dimomok-momokkan dengan hujjah" apa pembangkang boleh bagi pada rakyat jika berjaya memerintah negeri ??" dan terbukti apa yang berlaku sehingga ada antara pimpinan negara yang sanggup memainkan isu perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kaum.

Dah la tak nak mengaku kalah main pulak sentimen perkauman. kalau marahkan nyamuk kenapa kelambu nak dibakar ?? nampak sangat sekarang, pemerintah sekarang ini tak ada misi dan visi yang jelas untuk menolong rakyat bawahan tetapi mereka hanya mengejar populariti yang rasanya memang tak boleh nak bawak mati. Itulah dia pakatan atau pun organisasi yang hanya menegakkan semangat jahiliyah yang sesat berbanding dengan organisasi yang lebih menjurus kepada menegakkan islam diatas muka bumi.

ketuanan jahiliyah bawa kita kembali ke zaman kegelapan berbanding dengan ketuanan islam yang kekal sepanjang zaman.Jadi mana satu pilihan kita ??

Tiada ulasan: