Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 6 Oktober 2008

Ilmu Moden Rosak Manusia ??

KETIKA masyarakat dunia giat memperkasakan pendidikan, ada mempertikaikan tindakan berkenaan dengan alasan tidak munasabah.Kumpulan itu mendakwa sistem pendidikan dunia hari ini sudah banyak mengubah personaliti, ketaksuban serta kepercayaan tradisi pelajar.
Malah, dengan lantang, mereka bersuara menyatakan nilai kualiti pelajar sebagai individu dan anggota masyarakat semakin merudum kesan daripada pengenalan sistem pendidikan moden.
Ternyata kenyataan itu dibidas dan mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak terutama mereka yang terbabit dalam dunia pendidikan.Perunding pendidikan di New School University, New York Ted Nellen, berkata kenyataan itu bersifat prejudis dan hanya dilakukan mereka yang tidak mendapat pendidikan formal atau ketinggalan zaman.Menurutnya, melabel atau menyamakan fungsi pendidikan mengikut teori semata-mata tidak membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan, malah menyebabkan pelbagai perancangan tergendala.“Memperlekeh dan mempertikaikan kepentingan serta mutu pendidikan adalah tindakan tidak bertamadun. Dunia hari ini sudah berubah, begitu juga taraf pendidikan.“Jangan samakan kehendak masyarakat hari ini seperti dulu.
Dulu, pendidikan asas membawa perubahan, hari ini skopnya semakin luas dan berbeza.“Agendanya bukan lagi sebagai ejen perubahan, tetapi membawa masyarakat ke depan untuk mendominasi semua aspek kehidupan,” katanya.Meskipun dikritik, golongan terbabit tetap tegas memperjuangkan tindakan itu tepat. Mereka berpendapat, perubahan nilai murni yang menjadi asas kehidupan semakin hilang kerana pelajar kerap disogokkan dengan kejayaan bersifat material.PushExcell, sebuah badan bebas yang lantang mengkritik cara sistem pendidikan di Chicago, berkata mereka tidak menolak kepentingan pendidikan, namun kesal pendidikan moden banyak melahirkan individu materialistik, keluarga kucar-kacir serta melupakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.Lebih buruk, bukan hanya manusia menderita, malah membawa bencana pada dunia seperti pencemaran dan peperangan.“Mereka menuduh kami jahil mengenai pendidikan, tetapi mereka lebih teruk. Bukan pendidikan menjadi masalah namun agenda, konsep, modul dan pengenalan tidak sesuai.“Dunia mahu melahirkan individu yang baik melalui pendidikan, malangnya sistem pendidikan hari ini mengenepikan sebahagian besar nilai itu dan menjadikan pendidikan seolah-olah batu loncatan untuk berkuasa.“Jika itu kesannya, apakah boleh dikatakan sistem pendidikan hari ini sudah berjaya mencapai objektifnya?” katanya.
Bagaimanapun, Amanda Scroggs dari pertubuhan Pendidikan Untuk Penyelesaian Konflik membantah hujah PushExcell, malah beliau tidak setuju menyalahkan sistem pendidikan.“Tugas sistem pendidikan adalah memberi input kepada manusia, tetapi bukan menjadi tanggungjawabnya menjamin hasil atau kualiti produk keluarannya.“Menyalahkan sistem ini adalah tindakan keterlaluan. Mereka mengkritik dan memprotes namun golongan yang mengkritik juga menerima pendidikan sama.“Saya tidak setuju dengan teori yang mendakwa sistem ini mencorakkan individu hipokrit, gila kuasa dan individualistik. Mengapa mesti menyalahkan sistem sedangkan ia hanya berfungsi sebagai wacana memperkembangkan ilmu?,” katanya. Sebagai individu, katanya, sesiapa bebas membuat pilihan bagi mencorakkan masa depan dan sistem pendidikan hanya sebagai platform.“Semua orang memperoleh sistem pendidikan sama, tapi siapakah mencorakkan diri masing-masing?“Jika menyalahkan sistem pendidikan secara total dengan melemparkan tanggapan buruk, tentulah tidak wajar.“Pendidikan bersifat adil pada semua, tetapi manusia memusnahkan diri sendiri dengan memasukkan eleman negatif,” katanya.
p/s Ilmu akhirat lagi baik dan sempurna

Tiada ulasan: