Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 1 September 2008

KENANGAN TERINDAH SEMASA DI MESIR

Bulan ramadhan menjelang lagi .. masuk nie .. dah dua tahun ana kat malaysia. tapi memang beza bila berpuasa di mesir ngan berpuasa di malaysia nie. terlalu banyak bezanya.
pertamanya, berpuasa di mesir .. puasa dengan kawan2 yang sama bangsa sama warna kulit cuma persekitarannya banyak cakap arab bila nak beli barang tapi yang best lagi bila puasa tu dalam musim sejuk .. pergh ... best giler tak tau nak cakap aper. beza plak bila di malaysia nie puasa bersama ngan family.. ngan mak n ayah. bukan tak best cuma keadaannyer berbeza.
kedua plak pasal makanan, makanan kat mesir masa bulan puasa nie cukup mewah.. terliur bila teringatkan kuih khunafah(mihun tapi cecah tairu ngan koko), kotoif(lempeng), to'miyah, syabsyukah(telur sambal),air qasab(tebu) dan banyak lagi.Tak lupa juga kedai nasi hadramaut( lebih kurang cam nasi minyak berlaukkan ayam panggang n daging kambing panggang) segalanya masih segar dalam ingatanku. Tapi kalau buat n jual kat malaysia or kat melaka buleh laku ker ?? belum try belum tahu.Selain tu masih segar diingatanku bila waktu berbuka.. kami hanya dijamukan dengan buah kurma 3 biji dan air sebelum solat maghrib tapi dah sudah maghrib .. bermula lah episod membaham,meratah dan mentedarah ...
solat tarawih pun berbeza gak .. kalau di malaysia kebanyakan imam akan baca pendek-pendek jer surahnya tapi kalau kat mesir .. pergh.. ambik contohlah kat masjid salam hayyu asyir(syeksyen 10) satu malam satu juzuk. baik tua baik muda semua pakat layan tak kira penat ke tak .. tapi bila kat malaysia jer .. imam baca panjang sikit jer dah tak khusyuk solat .. mula lah tergaru sana-tergaru sini..dalam hati tu kata gak .. bilalah pak imam tu nak berenti .. panjang sangat ayatnyer .. itulah gaya orang kita di malaysia. Apa pun itu hanyalah secebis kenangan yang terindah semasa belajar dulu

2 ulasan:

mek chabang4 berkata...

jikalau ada resepi kueh khunafah,khotaif boleh beri kepada mek dan jual di tepi jalan chabang4.

Ibnu Mohyeddin berkata...

ala mek .. kueh nyer pun rasa ada kat mesia nie .. khunafah tu lebih kurang macam beehon n khotoif tu lebih kurang cam lempeng yang
kecik tapi manis