Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 3 September 2008

ACUAN KEJAYAAN IKUT ISLAM

KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Umat Islam seharusnya memahami maksud sebenar kejayaan sesuatu kerajaan sama ada mengguna acuan Islam atau ajaran barat yang dibawa penjajah.Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kaedah itu perlu diperjelas terlebih dahulu sebelum mentakrifkan Kelantan mundur atau sebaliknya."Negara barat termasuk Amerika sebenarnya mundur kerana mereka terlibat dengan penjajahan. Penjajahan itu sendiri tanda orang yang mundur kerana ingin memperluaskan kuasa semata-mata," ujarnya di sini semalam.

Sehubungan itu beliau meminta Ketua Audit Negara,Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan takrif kemajuan yang sebenar khususnya menurut pandangan Islam."Saya nak tahu apa definisi kemajuan tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana, kalau pegawai kerajaan negeri Kelantan tak rasuah, tak maju ke..," katanya sebagai mengulas kenyataan Ketua Audit Negara yang mendakwa aktiviti jabatan dan agensi kerajaan negeri sepanjang tahun lalu tidak menunjukkan kemajuan yang ketara.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memperbaiki dari semasa ke semata mutu perkhidmatan kakitangannnya.Menteri Besar juga berharap kedatangan Ramadan bermulanya uaha meningkatkan prestasi kerja di kalangan kakitangan kerajaan.Pada majlis itu, Penolong Pengarah (Integriti), Wan Muhammad Hazam Wan Hassan mengetuai bacaan ikrar integriti.

Tiada ulasan: